Monday 10 October 2011

Karangan-Kemalangan Di Jalan Raya

        Selepas sekolah bersurai,saya pun menaiki bas untuk pulang ke rumah.Dalam perjalanan,saya telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya yang ngeri.Sebuah kereta telah berlanggar dengan sebuah lori di satu selekoh jalan raya.
        Bas sekolah yang saya naiki itu terpaksa berhenti sebab lalulintas di situ telah terganggu.Di tempat kejadian,saya dapati kedua-dua kenderaan itu telah remuk.Pemandu dan penumpang-penumpang kereta terhimpit di dalam kereta.Ada yang sudah mati dan ada yang luka parah.Pemandu lori cuma mendapat luka ringan sahaja.Pemandangan di tempat kemalangan itu sungguh menakutkan.
        Tidak lama kemudian,sebuah kereta polis dan sebuah kereta ambulans pun tiba.Anggota polis bertugas mengawal keadaan lalulintas di situ.Mereka juga berusaha mengeluarkan mangsa-mngsa kemalangan dari kereta yang remuk itu.Kereta ambulans lalu menghantar mangsa-mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan.
        Menurut siasatan polis,kemalangan itu berlaku adalah berpunca daripada pemandu kereta yang cuai.Dia memandu kereta dengan terlalu laju sehingga terlanggar lori yang datang dari hadapan.Oleh itu,kita mestilah cermat menggunakan jalan raya untuk mencegah kemalangan di jalan raya.








No comments:

Post a Comment