Monday 24 October 2011

DARIHAL DIRI SAYA

            Saya bernama Tan Cong Fai.Saya berumur 12 tahun.Saya belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dalam darjah 6.Tiap-tiap pagi saya pergi ke sekolah dengan menunggang basikal.
            Di sekolah,saya telah dilantik menjadi pengawas.Saya juga adalah setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah saya.Saya amat berminat dalam permainan bola keranjang.Saya telah dipilih sebagai pemain pasukan sekolah.
           Mata pelajaran yang paling saya gemari ialah Bahasa Malaysia.Pada masa lapang,saya suka membaca buku cerita dan majalah-majalah pelajar.Kadang-kadang saya menolong ibu mengemaskan rumah apabila ibu sibuk dengan kerja-kerja yang lain.
          Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru apabila saya dewasa kelak.Oleh itu,saya terpaksa belajar dengan bersungguh-sungguh supaya boleh lulus dalam peperiksaan.

Sunday 16 October 2011

Berkelah Di Tepi Pantai


            Pada suatu hari Ahad,bapa telah membawa kami adik-beradik pergi berkelah di Pantai Port dickson.Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi.
            Kami tiba di Pantai Port Dickson pada pukul 10.00 pagi.Kami pun membentangkan sekeping tikar di tempat yang teduh.Kami meletakkan barang-barang yang kami bawa di atas tikar.Kemudian saya,adik dan abang pun bersalin pakaian renang.Kami berenang dan bermain-main di laut dengan sepuas-puasnya.Adik memakai pelampung kerana dia tidak tahu berenang.
           Apabila kami sudah penat berenang,kami pun naik ke pantai untuk berehat.Bapa dan emak sedang bersiar-siar di pantai sambil menyaksikan pemandanganyang indah permai.Kami makan bersama-sama kerana perut sudah lapar.
          Ketika matahari mulai terbenam,kami pun mengemaskan barang-barang untuk pulang.Saya berasa amat gembira kerana berpeluang berkelah di Pantai Port Dickson.

Monday 10 October 2011

Karangan-Kemalangan Di Jalan Raya

        Selepas sekolah bersurai,saya pun menaiki bas untuk pulang ke rumah.Dalam perjalanan,saya telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya yang ngeri.Sebuah kereta telah berlanggar dengan sebuah lori di satu selekoh jalan raya.
        Bas sekolah yang saya naiki itu terpaksa berhenti sebab lalulintas di situ telah terganggu.Di tempat kejadian,saya dapati kedua-dua kenderaan itu telah remuk.Pemandu dan penumpang-penumpang kereta terhimpit di dalam kereta.Ada yang sudah mati dan ada yang luka parah.Pemandu lori cuma mendapat luka ringan sahaja.Pemandangan di tempat kemalangan itu sungguh menakutkan.
        Tidak lama kemudian,sebuah kereta polis dan sebuah kereta ambulans pun tiba.Anggota polis bertugas mengawal keadaan lalulintas di situ.Mereka juga berusaha mengeluarkan mangsa-mngsa kemalangan dari kereta yang remuk itu.Kereta ambulans lalu menghantar mangsa-mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan.
        Menurut siasatan polis,kemalangan itu berlaku adalah berpunca daripada pemandu kereta yang cuai.Dia memandu kereta dengan terlalu laju sehingga terlanggar lori yang datang dari hadapan.Oleh itu,kita mestilah cermat menggunakan jalan raya untuk mencegah kemalangan di jalan raya.